Sunday, April 16, 2017
CHAPTER 1
Peluh yang merenik di dahi disapu rakus. Aroma badannya yang naik ke udara mencucuk-cucuk hidung. Agak tengik.“Ala,biasa la aku tak pakai deodorant hari ini,ditambah lagi dengan cuaca yang panas membahang,hmmm..Kalau paklong bau ni sedap je dia bahan aku,”gelak Damia.Tangannya lincah menguis tanah dengan parang demi mendapatkan segenggam cacing.Cacing yang gemuk-gemuk dan berisi padat menjadi pilihannya lalu diletakkan didalam tempurung yang beralaskan daun keladi. “Satu,dua,tiga, ish tak cukup lagi ni.Cari lagi la,”Damia mengeluh sendirian.Kalau diikutkan hati,malas sungguh Mia untuk menjemurkan dirinya di bawah matahari yang terik, namun digagahkan juga dirinya untuk mendapatkan ikan keli yang menjadi kegemaran neneknya.“Kang aku tak cari kang merajuk pulak orang tua tu.Kalau nak diharapkan Paklong mahunya dibeli.Dia tu ambil jalan mudah je tau.Maktok pulak nakkan ikan sungai. Dia pulak tahu bezakan yang mana satu ikan sungai yang mana satu ikan sangkar. Terpaksa la aku menunaikan hasrat maktok.Damia menoleh ke belakang sambil matanya melilau mencari kelibat paklongnya yang datang bersama bagi menemaninya di hutan ini.“eh, mane pulak paklong ni? Kata tadi nak cari daun pisang, patut kejap je laa, ni dah naik kematu dah punggung aku nie”Damia berdiri sambil meregang-regangkan uratnya yang kelenguhan akibat mencangkung terlalu lama. Dia terus mencapai joran yang diperbuat daripada pelepah salak dan umpan cacingnya lalu membawanya ke tebing sungai. Selepas mencangkukkan cacing pada mata kail, dengan lafaz bismillah, Damia melontarkan jorannya ke dalam sungai. Dia memacakkan jorannya kerana ingin mencuci tangannya yang kotor akibat bermain dengan tanah dan cacing sebentar tadi. Damia memilih kawasan gigi air yang landai dan kurang bahaya untuk turun mencuci tangan.Sedang damia tekun mencuci tangan, dia dikejutkan dengan bunyi sesuatu. Kedengaran seperti kocakan air yang kecil di sekitarnya. ‘ eh, ikan aku ke? Cepat betul dia makan, selalunya aku sempat tidur tunggu umpan mengena’ bisik Damia dalam hati.‘Ke buaya? Ish, tak mungkin la, ada ke buaya kat tempat cetek macam ni?’ Damia menyedapkan hati.Namun kocakan kedua yang agak kuat sedikit dari kocakan pertama tadi membuatkan Damia sedikit cuak. Dia memerhati sekeliling, bimbang sekiranya bahaya mendekati.“Paklong ke tu?? Jangan lah main-main dengan Mia “, jerit Damia dengan agak lantang.Damia berkira-kira untuk membuka langkah seribu dari situ tetapi satu suara serak yang muncul secara tiba-tiba menghentikan niatnya. Damia akhirnya menoleh mencari-cari dari mana datangnya suara itu.“Help…..help…….”suara itu kedengaran samar-samar.‘Sejak bila paklong pandai speaking? Ah,karutlah! Ini suara orang lain.Tapi,kat mana?’kata Damia dalam hati.Damia meneruskan pencariannya.Sekelipan,matanya tertancap pada sekujur jasad yang tersadai pada batu yang sederhana besar tidak jauh darinya. Dia menggagahkan dirinya juga meredah arus sungai yang agak deras di kawasan itu bagi mendapatkan manusia yang kasihan itu.“Hey, ko sape?!,”Damia menggerak-gerakkan tubuh itu namun tiada respons diterima.Dia membalikkan tubuh itu bagi memberi bantuan.‘Ya Allah,lelaki rupanya. Mati-mati aku ingat perempuan.Rambut panjang sungguh.Lebatnya jambang!’ Damia mengambil tangan lelaki itu untuk memeriksa denyutan nadinya. Masih berdenyut, cuma kadar denyutannya agak lemah.Damia sekali lagi menggoncangkan tubuh lelaki itu dengan lebih kuat.Damia teragak agak untuk berkomunikasi dengan lelaki itu. Nampak gayanya macam orang luar sahaja, memandangkan pakaiannya yang selekeh dan lusuh itu. Damia menganggarkan umur lelaki tersebut dalam lingkungan 30-an. Dia memakai seluar askar dan t-shirt pagoda putih yg agak carik. “Eh, dia ni orang apa? Sebaya pakcik aku je dia ni… Askar Jepun ke..pakaian pelik semacam je, yang pasti bukan orang kampung nie, macam mana boleh tersesat kat sini? Eh, dia ni faham ke ape aku cakap,nak cakap Melayu ke “, Damia mengomel sendirian. Pakcik, pakcik…dengar tak? Jejaka berjambang dalam kepayahan mengangguk lemah. Help me”, bibir lelaki itu bergerak perlahan dan seraya itu dia rebah ke dalam sungai.Damia cemas.
Subscribe to:
Posts (Atom)